Monday 5 December 2011

keajaiban

aku mengharapkan magik berlaku dalam hidup aku

tapi ia tidak penah terjadi

~ Switched At Birth

Thursday 20 October 2011

berubah untuk kebaikan

dimana silapnya
masih sendiri saat ini
bukan tidak ada yang menjadi teman mesra
tapi
hari ini akui sukakan dan sayang kepadaku
seminit berlalu, sikapnya terus berubah

aku perlu akur
kerana manusia di dunia ini
adalah pelakon cinta palsu yang terbaik..

Tuesday 18 October 2011

bila hati terus dilukai..

apakah aku terlalu yakin dgn setiap tindakan ku?
sehingga aku mengizinkan hati ini terus dilukai dgn parah
ada seorang sahabat aku berkata,
"kita perlu berjalan dan berhadapan dgn hidup ini, sekalipun kita tak penah tahu jln yg kita lalui itu adalah perangkap utk kita melukakan perasaan kita utk sekian kalinya. tempuhlah perjalanan itu dgn kekuatan, ketabahan dan sering ingat Allah itu ada bersama kita"

jika aku mengatakan yang aku sudah letih untuk berjalan lagi,
aku seolah tidak redha dengan ketentuan untuk aku
*Istifar*
maafkan aku, Ya Allah, aku khilaf
aku tak mahu putus asa
aku tak mahu berhenti melalui jalan-jalan itu
aku mahu merasa pengalaman itu seterusnya
agar bisa mengajar aku erti perasaan yang sebenar
erti keikhlasan yang sebenar
erti ketulusan sebenar
erti kasih sayang yang sebenar
erti cinta Yang Agung..

Thursday 14 July 2011

3 hari utk dunia kembali pada asal

ya.. aku selalu sasar 3 hari utk jiwa dan hati aku pulih
tapi dua kali hati aku tak mampu dipulihkan dlm 3 hari

sekali tu aku memerlukan sebulan
dia yg terbaik
dia yg perihatin
dia yg penuh dgn humor
aku bahagia
tp aku tak punya peluang kedua

kedua kali aku memerlukan hampir setahun
dia juga seperti org pertama
peluang pertama sudah aku tak mampu perolehi
Allah sayang dia lebih dr aku..
akur..bila setahun berlalu...

Saturday 9 July 2011

aku masih dan sedang pulihkan diri

ya.. aku mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri
dari kekecewaan hati
dari tekanan keluarga dan hidup

ya.. aku masih perlu pulihkan diri
aku terlalu sibuk untuk perbaiki diri aku
sampai aku tak pedulik lagi tentang umur

ia hanya angka..

dan aku masih perlu pulihkan diri..