Monday, 5 December 2011

keajaiban

aku mengharapkan magik berlaku dalam hidup aku

tapi ia tidak penah terjadi

~ Switched At Birth

Thursday, 20 October 2011

berubah untuk kebaikan

dimana silapnya
masih sendiri saat ini
bukan tidak ada yang menjadi teman mesra
tapi
hari ini akui sukakan dan sayang kepadaku
seminit berlalu, sikapnya terus berubah

aku perlu akur
kerana manusia di dunia ini
adalah pelakon cinta palsu yang terbaik..

Tuesday, 18 October 2011

bila hati terus dilukai..

apakah aku terlalu yakin dgn setiap tindakan ku?
sehingga aku mengizinkan hati ini terus dilukai dgn parah
ada seorang sahabat aku berkata,
"kita perlu berjalan dan berhadapan dgn hidup ini, sekalipun kita tak penah tahu jln yg kita lalui itu adalah perangkap utk kita melukakan perasaan kita utk sekian kalinya. tempuhlah perjalanan itu dgn kekuatan, ketabahan dan sering ingat Allah itu ada bersama kita"

jika aku mengatakan yang aku sudah letih untuk berjalan lagi,
aku seolah tidak redha dengan ketentuan untuk aku
*Istifar*
maafkan aku, Ya Allah, aku khilaf
aku tak mahu putus asa
aku tak mahu berhenti melalui jalan-jalan itu
aku mahu merasa pengalaman itu seterusnya
agar bisa mengajar aku erti perasaan yang sebenar
erti keikhlasan yang sebenar
erti ketulusan sebenar
erti kasih sayang yang sebenar
erti cinta Yang Agung..

Thursday, 14 July 2011

3 hari utk dunia kembali pada asal

ya.. aku selalu sasar 3 hari utk jiwa dan hati aku pulih
tapi dua kali hati aku tak mampu dipulihkan dlm 3 hari

sekali tu aku memerlukan sebulan
dia yg terbaik
dia yg perihatin
dia yg penuh dgn humor
aku bahagia
tp aku tak punya peluang kedua

kedua kali aku memerlukan hampir setahun
dia juga seperti org pertama
peluang pertama sudah aku tak mampu perolehi
Allah sayang dia lebih dr aku..
akur..bila setahun berlalu...

Saturday, 9 July 2011

aku masih dan sedang pulihkan diri

ya.. aku mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri
dari kekecewaan hati
dari tekanan keluarga dan hidup

ya.. aku masih perlu pulihkan diri
aku terlalu sibuk untuk perbaiki diri aku
sampai aku tak pedulik lagi tentang umur

ia hanya angka..

dan aku masih perlu pulihkan diri..

Thursday, 19 May 2011

mati itu pasti

semalam hari yg agak memenatkan dan sedikit air mata aku tumpah..
dlm masa seminggu aku kehilangan 2 org saudara rapat..
minggu lepas, hari khamis yg sama ak kehilangan tok..
minggu ni hari khamis yg sama aku kehilangan bapa saudara, pak long
abg seibu dan sebapa emak aku.
tok dan paklong, damailah kamu di sana..
kami juga yg tinggal turut akan ke sana
nantikan kami ya..

air mata aku sentiasa ku tahan.
masa tok minggu lepas aku tak dpt dekat dgn jenazah langsung
alhamdulillah, semalam aku dpt dekat dgn paklong.
aku dpt tgk dr awal sampai akhir.

mati itu pasti
air mata aku jugak sudah dpt dikawal pengeluarannya
bila dpt kabar kematian.
aku yakin aku kuat..

Al-fatihah utk semua saudaraku yg mati dahulu
juga buat 4ekor kucing ku yg telah pergi.
dan yg paling istimewa, kamu kekasihku,
amanlah di sana. doaku sentiasa mengiringi kalian.
aku pasti akan menuruti kamu suatu hari nanti..

Sunday, 1 May 2011

bosan dan rindu

bercuti3 hari
sepatutnya sabtu hari bekerja, tapi tokey bagi aku cuti
so bercutilah, dah di offer kan
sbb aku tahu,keadaan sekarang
mana mungkin aku boleh cuti2 mcm dulu
sudah ada pengganti pembantu yg baru
tapi hanya Allah yg tahu
betapa aku boleh bersabar mcm tu sekali
klu dulu, dah lama aku hamburkan kata2 marah
bila pembantu lalai dlm bekerja
tokey suruh bg peluang
dia budak baru
tapi aku ak penah bagi peluang
dia masuk atas tiket suami dia
OMG pening aku nak handle..

Friday, 25 March 2011

P.S. I LOVE U!

2007, aku rasa itu kali terakhir aku punya cinta
tapi Allah lebih sayangkan dia
aku redha, tapi berbulan juga aku sayu
mimpikan dia, rasa kehadiran dia
jiwa aku melayang ntah ke mana
sehingga kini aku tak mampu nak sayangi sape2
kasih aku hanya jatuh utk kucing2 jalanan
utk comel2 cintaku


berulang kali soalan bila mau kawen aku dgr
aku hanya jawab, belum sampai jodoh
klu la mereka tahu apa di dalam hati aku
tolong la jgn di tanya soalan tu lagi
aku rindu, sentiasa rindu

bukan tak jumpa yg baru
tapi aku lebih rela lari jauh2
bukan tak penah mencipta cinta baru
tapi akhirnya aku dikecewakan
tanpa kasihan
aku terpaksa tanggung sorang2 akhirnya
mereka..dgrnya telah bahagia
telah punya pengganti aku
hmmm




* aku masih sendiri di usia 28 tahun

your man who died

There's no man, alive or dead,
who's gonna fault you for living.

He was a good man, I reckon,
your man who died.




*P.S. I Love You

Wednesday, 23 March 2011

aku juga pengutip kucing stray

cik tedi dah meluahkan apa yg aku rasa semalam
aku jugak pembela kucing2 stray.
oyen, stella, letto dan timmy
semua kucing2 yg dibuang
timmy bersama 2 saudaranya dibuang dibawah pokok buluh ayah aku
oyen bersama anak2nya stella, letto dan alis, dibuang di sebuah opis Ar-Rahnu
aku bawah balik semua
kutu dan cacing tak payah cakap la
tapi sekarang, mereka kucing2 yg comel
yang sihat.. yang nakal
pengubat lara di hati..

kami tak penah minta org menyanjung kami
kami hanya sayangkan makhluk berbulu yg comel itu
malah tak penah meminta2 utk menyara mereka
apakah itu mengganggu kalian?


Tuesday, 22 March 2011

geleng kepala

semalam balik dr keje, singgah kedai nyamuk beli tomyam.
ada sepasang suami isteri & sorang anak kecil.
diorang ada order keropok ikan.
order sampai, hujan turun renyai2.
ada sekor kucing hitam, mengiau kuat.
minta keropok.
mula2 si isteri bagi, baling jauh2.
si hitam dtg lagi, mengiau minta lagi.
order aku pun siap.
bayar dan aku mula bergerak ke motor.
masa tu aku dgr, agak kuat.
si isteri suruh pelayan kedai buang kucing jauh2.
"adik, buang kucing ni jauh2, dia asyik minta keropok"

dah dekat sampai motor, "minta keropok je, apa salahnya bagi"
tak semua hati seperti kami sang pencinta kucing..

* mengeluh

Monday, 21 March 2011

all new

dah lama stop berblog.
dah lama pendam nak menulis.. like a diary.

dah 2 tahun pendam dalan hati..

kete kesayangan kemalangan..
sy tade ape2.
tapi kete terpaksa masuk klinik
rawatan pesakit luar..

patah kaki seminggu ni..
itupun klu kete siap seminggu..
huhuhuhuh