apakah aku terlalu yakin dgn setiap tindakan ku?
sehingga aku mengizinkan hati ini terus dilukai dgn parah
ada seorang sahabat aku berkata,
"kita perlu berjalan dan berhadapan dgn hidup ini, sekalipun kita tak penah tahu jln yg kita lalui itu adalah perangkap utk kita melukakan perasaan kita utk sekian kalinya. tempuhlah perjalanan itu dgn kekuatan, ketabahan dan sering ingat Allah itu ada bersama kita"
jika aku mengatakan yang aku sudah letih untuk berjalan lagi,
aku seolah tidak redha dengan ketentuan untuk aku
*Istifar*
maafkan aku, Ya Allah, aku khilaf
aku tak mahu putus asa
aku tak mahu berhenti melalui jalan-jalan itu
aku mahu merasa pengalaman itu seterusnya
agar bisa mengajar aku erti perasaan yang sebenar
erti keikhlasan yang sebenar
erti ketulusan sebenar
erti kasih sayang yang sebenar
erti cinta Yang Agung..
No comments:
Post a Comment